Wednesday, October 28, 2009

Hari Ini

Assalammualaikum.
Baru malam nie berkesempatan nak update blog. Ingat malam semalam nak buat tp baru je nak bukak blog anak aku plak nak tengok gambar animal especially nak tengok gambar buffalo. Last minute bila dah mengantuk emmm...tutup je la, sok je la buat.
Nie pun bila dia sibuk dengan citer Upin & Ipin dia so dapat le update blog nie.Kalau nak tau everyday asyik dgn Upin Ipin, abis je rewind, abis je rewind...rasanya dr petang mase aku sampai je umah lebih kurang 4 5 kali ulang.
Ish.... camne nak taip nie, ayah dengan anak tengah bergomoi lak kat sebelah aku nie (aku menaip nie atas katil hehehe)... ha! berhenti pun..alamak! Muiz pulak melompat-lompat atas katil .... sib baik dah berhenti hehehe...
Nak tengok tv pun xde citer best, nama je ada Astro tp citer semua hampeh...Astro lak asyik ulang citer yg same je. Kalau bukan kerana nak dapat siaran yg clear xdenye nak amik Astro nie...
Sat lg nak bukak Facebook la, lama tul x bukak Facebook kalau x tertidur le.....selalunye bile tidokan Muiz confirm aku akan tido sekali hihihi... at least bukak Facebook dapat gak tengok gambar kengkawan lama....rindu tul kat dorang semua huhuhu.... Minggu ini kalau xde ape2 insyaallah ada birthday party anak kawan aku kat titiwangsa....aku pegi ngan adik dan anak aku, en.suami balik kg cam biasa le nak ke kebun tolong bapak mentua aku.... x kisah le janji jangan tiap2 minggu dah le...
Ade ke patut en.suami kata aku x peduli kat dia ngan anak sebab sibuk ngadap notebook nie... excuse me bile mase aku x peduli kat dorang, bila dah settle semua baru le aku ngadap notebook nie tau...jangan marah ye en.suami hehehe...
Nampaknye sampai setakat nie je la, anak aku dah sibuk nak tengok buffalo sambil dengar lagu Faizal Tahir "Cuba". Muiz memang suke sangat lagu Faizal Tahir.
K lah aku caucincau dulu...

Tuesday, October 27, 2009

Burnt Toast

Dear All,
A beautiful story to ponder upon if everyone in this world learn to accept others mistakes and forgive each other life will move smoothly.

This is a nice story......Embracing Imperfection

A story by a girl.

"When I was a little girl, my mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work.
On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage, and extremely burned toast in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed!
Yet all my dad did was reach for his toast, smile at my mom, and ask me how my day was at school. I don't remember what I told him that night, but I do remember Watching him smear butter and jelly on that toast and eat every bite!

When I got up from the table that evening, I remember hearing my mom apologize to my dad For burning the toast. And
I'll never forget what he said: 'Baby, I love burned toast.'

Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if He really liked his toast burned. He wrapped me in his arms and said, 'Debbie, your Momma put in a hard day at work today and she's real tired. And besides-a little burnt toast never hurt anyone!' You know, life is full of imperfect things.....and imperfect people. I'm not the best housekeeper or cook.'

What I've learned over the years is that learning to accept each other's faults - and choosing to celebrate each other's differences - is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship.

And that's my prayer for you today. That you will learn to take the good, the bad, and the ugly parts of your life and lay them at the feet of GOD. Because in the end, He's the only One who will be able to give you a relationship where burnt toast isn't a deal-breaker!

We could extend this to any relationship in fact - as understanding is the base of any relationship, be it a husband-wife or parent-child or friendship!! "

"Don't put the key to your happiness in someone else's pocket but into your own." See through God's eyes and feel through God's heart And you will appreciate the value of every soul including yourself.



Friday, October 23, 2009

Hidup Ini

Salam.

Sebenarnye x tau nak tulis citer ape kat sini, maklum la ini 1st time buat blog, kelakarkan orang lain dah lama ada blog tp aku baru create malam semalam.Itupun esoknye kat office mintak tolong member ajarkan camne nak tulis kat blog....dah buat blog tp x tau camne nak taip citer and publish kan kat blog hahahaha.....

Ok lah nak citer skit pasal aku, merupakan seorang isteri dan seorang ibu. Pengalaman menjadi seorang isteri bermula pada bulan Mac 2006, selepas itu bermula lah satu kehidupan baru dalam hidup aku, pengalaman mengandung memang mencabar, selama 4 1/2 bulan aku mabuk kena pulak mase tu bulan pose perghhhh....x boleh nak bayangkan...tp alhamdullillah mase mengandung aku x le sampai kena masuk spital cam sesetengah orang tu sbb x cukup air....

Ingat lagi waktu tu aku dah 8 bulan, tetiba aku demam balik drpd office dengan perut rase x selesa.... mase tu kebetulan mak dari kampung datang naik bas, so aku ikut la en. suami amik mak kat pudu raya...mak sampai je aku terus kata "mak kite pegi spital dulu ye sbb yong demam" mak aku pun ape lagi "Ha! nak bersalin dah ke?" aku kata " entah le tp yong demam nie nak perut lak x sedap". Sampai je kat spital Damai Melawati terus jumpa Dr Halim, check punya check Dr kata dah ada contraction ape lagi kecut perut le di buatnye....mane x nye ape pun x prepare (anak sulong xde pengalaman)bila Dr kata nak check ke dah bukak berape cm aku pun ape lagi kata "xpe lah Dr sakit pun dah cam hilang" Dr siap senyum lagi kat aku...agaknye dia tau aku takut...eeee... confirm kena seluk takut makcik...hehehe...

Tarikh jangkaan bersalin sepatutnya dalam 26hb atau 27hb May 2007. Kalau 27hb same le dengan birthday ayah dia. Tapi anak aku nie dah x sabar nak tengok dunia, awal bulan 5 dah kuar. 05/05/07 bermulalah hidup aku bergelar seorang ibu....segala sakit sewaktu nak melahirkan hilang bila anak aku nie lahir....sakit nak bersalin x leh nak citer... aku memang respek la bila org kata "ala sakit tu boleh tahan xde la sakit sangat" fuh!!! memang terrer la... tp aku memang x tahan...

Nie gambar mase baru lahir, comel kan hehehe.....


Nie gambar mase dah umur 3 bulan



Bila anak dah start belajar menerap x sabar nak tengok dia merangkak, bila dah merangkak nak tengok pulak dia berjalan, bercakap macam2 lg lah hehehe...normal le kan ibu2 memang cam nie...


Sekarang nie anak aku dah 2 1/2 tahun. Dah besar dah anak mama...mulut pun bising cam mama dia hahahaha....hensem sungguh...

Indahnya kehidupan ini kan... dikelilingi orang tersayang... doa mama agar anak mama ini menjadi anak yang soleh, berilmu, sihat dan doa mama segala kebaikan dan di lindungi oleh Allah S.W.T.... Amin

Thursday, October 22, 2009

Indahnya Kehidupan

Sesungguh bersyukur kerana indahnya kehidupan ini dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia, alhamdulillah yang tidak terhingga di atas kurniannya....